Dialog Nabi S.A.W Dengan Iblis


Rasulullah pernah bertanya kepada iblis, “Wahai iblis terkutuk! Apakah ikhtiarmu ke atas ummatku? Sesungguhnya aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua ummat manusia agar beriman kepada Allah s.w.t.”

Jawab iblis, “Wahai Rasulullah! Demi kemuliaanmu aku akan bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikut ajaranmu. Aku akan mencampurkan lelaki dengan perempuan agar mudah aku mencelah di tengahnya”.

Rasulullah bertanya lagi, “Wahai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?”

Jawab iblis, “Wahai Muhammad! Sebenarnya aku sangat hairan dengan sikap ummatmu dalam 2 perkara iaitu::

*mereka mengaku menyintai Allah s.w.t. tetapi pada masa yang sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.

*mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala hasutanku.

Firman Allah kepada iblis :

“Sememangnya engkau adalah makhluk yang terkutuk lagi terlaknat, demi kemuliaanKu, akan kuberikan kepada ummat Nabi Muhammad 2 kegembiraan iaitu, kecintaan mereka terhadapKu akanKu jadikan penebus dosa di atas kesalahan yang telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, kebencian mereka terhadapmu akanKu jadikan penebus dosa bagi maksiat yang telah mereka lakukan…”

Maka, tercenganglah iblis mendengar penjelasan sedemikian dari Allah s.w.t. Sedarlah iblis bahawa ummat Muhammad adalah ummat terbaik yang dikeluarkan dikalangan manusia dan paling disayangi oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Adalah ummat Nabi Muhammad merupakan ummat manusia yang paling ramai menghuni syurga Allah s.w.t. Itulah kelebihan yang Allah s.w.t beri kepada ummat Nabi Muhammad dan tidak kepada ummat-ummat nabi yang lain. AllahuAkbar…

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam.

2. Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s.

3. Seharusnya kita berbangga menjadi ummat Muhammad kerana dimuliakan oleh Allah s.w.t.4. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

*Source Abang Bercerita.